Tuesday, June 14, 2011

supremo donuts and coffee

assalamualaikum

supremo donuts and coffee.
first job, first salary and first love.


hye semua! ehem ehem (bunyi menandakan saket tekak, kerana skrg ni musim org kawen dan buah tembikai adalah buah yg paling laris dihidangkan sehingga mkn tak hengat dunia!) ohh kali ni nak cerita sikit pasal pengalaman pertama kali bekerja. eleh org lain tak heboh pon kau je heboh lebih. eh mestilah kene heboh! bukan senang nk keje taw taw! mula2 saye nk cerita kt mana la kedai donuts ni. bila tanye sume org ''woi ko tahu tak tmpt aku keje ny? dekat je weii!".."hah? ntah wey! aku tak penah denga pon! kt mane tu?''..itu adalah reaksi lazim atau biasa telinga ini mendengarnye. ouh kedai ni dekat je ngn umah sy! dekat seksyen 3 bdr br bangi. tp mmg dia terceruk di belakang sedikit. sehinggakan org2 di bangi ta berapa nk tahu sgt. org2 mmg lah tak tahu. dia tahu haalu burung dkt sawah saje. ok pembetulan. sehinggakan masyarakat di bangi ta berapa nk tahu sgt.

kt kedai ni rase2nye sy adelah org bangi yg pertama mintak keje (eceh perasan lah tu padahal ade org lain dah mintak awal2)..mula2 tak taw pon ade kedai donuts ny. ouh ya ya. mase tu mintak keje dkt guardian then adelah  si baik hati ni memberi tahu pegilah keje kt kedai donuts belakang tu. dia tgh mintak pekeje skrg ny. ouh maceh maceh smbl muka keriangan senyum simpul. then pegilah drive sengsorang survey2 then jumpa dgn ceo donuts ni, Encik Azahari nama beliau. ouh encik terima kasih tak terhingga kerana memberi saye peluang bekerja di sini serta menjadikan sy org yg sabar dan sentiasa memberikan senyuman tidak kira penat lelah diharungi (ape aku ckp? hah aku pon tak paham hahah)

dan kebetulannya kedai ini menjual donut! oh dan saye adalah hantu donut. yeye! seronoknye dpt keje cnie auwwwwww! donut donut donut omnomnom. ok yang sebetulnya, sy jadi bartender (ala yg buat air tu smpi bunyi gelas tung tang tung ting). ouh tapi sume bende penah jadi kt cnie. aaaa tu yg seronoknye kan kan. dpt cuba semua benda! n dptlah pengalaman sikit2. yg paling seronoknye adalah sewaktu donut telah siap digoreng panas2 dan donut yang gebu itu terus dicelup ke dalam cokelat. emm nyum nyum. weh seronok gila! aaa nk keje lagi. lepas tu mkn smpi syok tak hengat n mulalah badan menjadi seperti donut. cuma takde lobang bulat kt tengah2 tu ye. 

keje kt donuts ni ade dua syif. pagi n petang. n sy dpt syif petang! tiade pertukaran jadual hanyalah sama sahaja pada setiap hari. dan pada waktu itu adalah world cup. alaaa yg sepak bola then kejar semula bola tu. (arwah nenek penah bilang, stupido org yg maen bola ny. lepas sepak kejar smule. ape ade hal kan! haha). ouh mase tu tutup kedai mmg pkl 3am lebih!. closing mmg kene yg kaw2 punye. kasi itu bersih licin berkilat semuanye. ohh penat gila. mcm aku plak yg maen bola. tp skrg musim world cup sudah habis, then customer yg lepak2 lama2 smpi tgh pagi buta pon berkurang. alah, biaselah keje kt f n b (food and beverages) klu tak penat tak sah. n yang paling utama, customer is priority. ohh baek. bila customer masuk kedai, ape lagi. ayat biasa '' hye! slmt dtg supremo! " gitu lah nmpknye. amboii peramah gituw. nk mkn cnie ke take away?. nk donut? kalau buy 5 free 1. belilah yg ni! murah tw. klu tak habis, smpn dalam peti ais esok pagi reheat balek buat sarapan! dan customer pon pasti bersetuju dgn ideaku. hahah.



beginilah keadaanya! (lakonan semula oleh pelakon hebat! )


kt cnie pon ade mini stage taw2! sape yang berminat me'nyumbangkan' suara anda boleyh la dtg cnie ye




ny adalah grilled chicken. tp padahal chicken chop sebenarnye





ni saya buat! saya buat! haha.
ice blended cokelat okeyh! :)


sedap kan kan food dia. klu nk dtg bangi, jgn lupa singgah sepremo  donuts okeyh. donuts dia yg termurah kiranya setakat ini. sbb satu biji hanyalah RM 1.90 only. buy 5 free 1 plak tuh. supremo donuts and coffee ni dimiliki sepenuhnya oleh org Melayu. dan dijamin semua makanan di sini halal2 belaka. dan kualiti juga adalah terjamin bergantung kepada petugas yg menyediakan mknn tersebut. ohh kepada semua, jgn lupa singgah sini. please singgah sini. pleaseeeee. demi memajukan lagi kedai ini. kedai ni chantek okey dgn decoration yg modern n semua benda lengkap kt sini. wifi, karaoke, astro hd, LED plasma tv, aircond, sejuk, semua2 ada la. dan kedai ni adalah kedai yg bergred A! :) klu dtg jgn lupa mencuba ice blended caramel ok! sbb itu air yg termahal dan tersedap kt cnie! bila buat rase nk curi2 sikit teheee.

ohh bercerita pasal first salary, haaa. dgn bangganya bila dpt first salary terus belanja family makan! nyum3. keje tak lama mana pon. sebulan setengah saje. sbb lps tu masuk u dah. wah2 umur 19 sudah belanja family. eleeh, 19 kira dah tua sgt lah kan. berbanggala kiranya bila dpt treat family ni. bila tgk mereka hepy, apetah lagi sy hepy keriangan! 





kakak ku makan tedap2 kan!
oh ni dekat kedai austin steak house. murah kt cnie n berbaloi!
thnx to anwar kerana memberi tahu kedai ini :)

first love? ouh berkenaan dgn statement ini. adalah....hehe. first love dgn donut lah! ouh mcm mana tak jatuh hati dgn donut yg comel2! bulat n tembam2 gituw. hahahaha.


ni lah donut yang maen celup2 cokelat tuh!
kelihatan tembam comey sgt2 bukan?
oh berlemak berkrim sungguh!


ini adalah colleagues sy!
yg tgh2 tu abg bubun yg tak pernah kering gusi bila dgn beliau. hahah
n sane tu anwar. budak baru mahu belaja. tp skrg dia sudah expert gila! :)


okey sekian itu sahaja untuk kali ini. tp skrg tak keje pape pon lagi. cuti tinggal 2 bulan saje. sobs sobs. wuhuuuww. kamu semua mesti penah keje kan kan? n seronok keje yg pertama kan kan?! :) kepada sesiapa yg mahu memulakan bekerja, all da best okey! kerja kene dgn ketulusan hati dan jgn selalu tension2 kerana itu adelah lumrah bila kita bekerja dgn org. dan terimalah teguran itu sbg sesuatu yg positif dan motivasi kpd kita. ok bye. assalamualaikum.

3 comments:

  1. comey la ehemm jajan tu..mcm akim af..hehe

    ReplyDelete
  2. yekeee
    em alamak nmpknye beliau kene bg bear yg sgt2 besar mcm klip video tu kan kan
    wah3..seronoknya!
    hahah

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete